expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 20 November 2013

Nota PISMP Semester 1 hingga Semester 8

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua..

Pada kali ini kamiorang akan cuba memberikan perkongsian nota bagi peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan. In Shaa ALLAH, kami akan cuba memberikan yang terbaik buat kita semua.

Semua nota-nota yang dihasilkan ini adalah berdasarkan hasil kerja pembentangan daripada para pelatih dari opsyen PISMP Sejarah Ambilan Khas sesi Jun 2013 merangkap Geng Ops Sejarah Ip Keningau Sabah dan terdapat juga sumber hasil nota daripada tenaga-tenaga pengajar yang pernah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami. Terima kasih dan sekalung penghargaan buat mereka semua.

Melalui perkongsian nota ini kita boleh berkongsi pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan apa jua bentuk pembelajaran. Tambahan pula ianya tidak hanya merujuk kepada sesebuah institusi sahaja, malahan jua sesuai buat tatapan para pengunjung dari mana-mana institut pengajian tidak juga terkecuali buat adik-adik yang masih bersekolah rendah hinggalah menengah termasuklah sesiapa yang berminat untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dengan maklumat-maklumat yang bermanfaat.

Diharapkan melalui perkongsian ini kita akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar pandangan serta permasalahan sesama kita berkaitan dengan isu apa jua permasalahan, in Shaa ALLAH. 

Semoga bertemu lagi..

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment